Thursday, 13 December 2012

~Pak Abu dan burung-burung nya...

Assalamualaikum w.b.t...

Sudah sekian lama tak update blog dengan entri-entri baru.. Kali ni, baru ada masa terluang untuk menulis apa yang terlintas di fikiran, apa yang terkesan di hati...Semalam terbaca mengenai kisah pak abu dan burung2nya....

Siapakah pak abu? apa kaitan dengan burung2 nya pulak?hehe...haa ni nak cerita...saya rasa cerita ni agak menarik dan boleh di jadikan motivasi diri untuk diri saya dan juga pembaca2 sekalian...ade pembaca ke?hehe...

Ok, kisah dia bermula macam ni...Pada zaman dahulu...cewah....takyah nak berzaman2 sangat la,hihihi...

Sumber: Google

Pak Abu ni seorang pakcik tua yang biasa je...satu hari pak abu ni didatangi oleh seorang pemuda yang ingin bertanyakan sesuatu kepadanya...

"Salam Pak Abu...saya ada masalah ni.. Apa yang dirancang tak pernah jadi," rungut Mamat...

"Ada contoh tak?" tanya Pak Abu ibarat seorang Profesor Universiti..

"Contohnya, saya cadang nak tukar bumbung rumah, tapi sampai sekarang ada je hal yang menyebabkan ianya tak jalan. Saya cadang nak tukar kerja, keluarga pula ada masalah, Saya cadang nak melancong, ada saja hal di pejabat yang menggangu. Saya cadang nak kuruskan badan, tapi makin har makin naik pulak badan ni, semua tak jadilah. Tak tahu kenapa jadi macam tu," terang Mamat dengan panjang lebarnya...

Pak Abu hanya tersenyum dan kemudian membawa sekeping kertas dan melukis sesuatu untuk Mamat walaupun dalam hati Si Mamat ni terasa macam pelik sangat dah.. Yelah, nak buat apa dengan kertas tu, bukan selesaikan masalah dia pun..

Mamat melihat Pak Abu melukis lima ekor burung camar yang berdiri di atas kayu..

"Lah, nak lukis burung rupanya," detik hati Mamat..

"Saya nak tanya kamu, jika satu daripada burung camar ni MENGAMBIL KEPUTUSAN untuk terbang ke tempat lain, berapa lagi burung camar yang tinggal?", tanya Pak Abu..

Mamat melihat dengan pelik - soalan mudah ini pun nak tanya, tapi dia jawab dengan baiknya... " Err tinggal 4 la Pak Abu", jawab Mamat.

"Tidak", kata Pak Abu..

"Masih ada lima. MENGAMBIL KEPUTUSAN untuk terbang ke tempat lain dan terbang ke tempat lain adalah dua perkara yang berbeza...", kata Pak Abu...

"Faham maksud saya?', Pak Abu bertanya kepada Mamat..

Mamat tersenyum lebar kerana mendapat jawapan kepada semua masalah yang di rungutnya...

So, sekarang ni faham tak?

Itulah realitinya, Mamat selama ini HANYA BERCAKAP nak berbuat sesuatu, tapi tidak melakukan nya..

Ingat, MEMBUAT KEPUTUSAN untuk terbang dengan terbang adalah dua perkara yang berbeza...

Sudah membuat keputusan untuk terbang? Maka terbanglah! Kesimpulannya, jangan lah kita mempunyai sikap yang suka bertangguh...semakin lama semua impian kita akan pergi begitu saja...

Sekian dulu, Assalamualaikum...^^,

6 comments:

  1. a good story, tq for sharing..huhu
    yela, belum buat keputusan dah merungut macam2 ye tak, cubalah buat dlu barulah menjadi..bak kata org "walk the talk"

    ReplyDelete
  2. cerita yang menarik dan bagus utk dijadikan teladan dan ingatan.. pepon, usaha tangga kejayaan.. dimana ada kemahuan, disitula ada jalan.. tapi kalau kemahuan tu tak disertakan dengan tindakan, semuanya takkan berjalan..

    ReplyDelete
  3. Sangat baik di jadikan imbalan jatidiri. Walau bagaimanpun, banyak perkara yang perlu di teliti sebelum sesuatu perkara dijadi matlamat untuk berhijrah....sebab banyak perkara yang terbantut adalah kerana hal yang di fikirkan antara cabaran yang mendatang....penjelmaan kekurangan dalam diri menjadikan sesuatu hajat terbekalai kerana sifat tidak positif kearah jatidiri yang stabil dalam sebuah kehidupan.............Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. kesimpulannya..janganlah bertangguh dalam melakukan sesutu perkara...bagus untuk peringatan sesama kita..tahniah atas n3 yg menarik

    ReplyDelete
  5. Terima kasih pd semua yang memberi komen yg sgt membina...:)

    ReplyDelete
  6. Terima ksih di atas komen2 yang sangat membina...:)

    ReplyDelete